Brown dibenar tinggalkan Filipina

Brown dibenar tinggalkan Filipina

MANILA, 24 Julai – Chris Brown seorang bintang pemenang anugerah Grammy hip-hop telah dibenarkan untuk meninggalkan Filipina lewat hari ini, menurut pegawai, selepas dia ditegah sementara daripada meninggalkan negara itu berhubung pertikaian dengan sektarian keagamaan yang berkuasa.

Warga Amerika berusia 26 tahun yang tersekat di Manila selama dua hari – mendapat sijil kebenaran emigrasi (ECC) yang menyatakan dia tidak ada kewajipan perundangan di negara Asia Tenggara itu dan bebas untuk pergi, menurut jurucakap imigresen, Elaine Tan.

“ECC telah dikeluarkan hari ini,” kata Tan dalam satu mesej teks kepada AFP.

Dalam video singkat yang disiarkan kepada laman Twitternya malam ini, Brown dilihat berjalan ke arah sebuah pesawat, jelasnya menuju ke konsert seterusnya di Macau.

“Manila begitu seronok, sayang kamu semua. Jika anda lapang sila datang ke Macau – parti malam ini,” kata penyanyi rap itu.

Gambar fail yang diambil pada 24 Ogos menunjukkan, pemuzik AS, Chris Brown semasa tiba di karpet merah Anugerah Muzik Video MTV (VMA) di Forum Inglewood, California. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 24 Ogos menunjukkan, pemuzik AS, Chris Brown semasa tiba di karpet merah Anugerah Muzik Video MTV (VMA) di Forum Inglewood, California. – AFP

Sebelumnya, Chris Brown pada hari ini telah melutut dan merayu supaya dibenarkan meninggalkan Filipina dan menyambung semula jelajah dunianya.

Brown yang telah membuat persembahan di hadapan ramai penonton di sebuah arena Manila Selasa lalu ditegah meninggalkan negara itu selepas sekta berpengaruh dalam politik memfailkan aduan penipuan, dengan mengatakan ia berhutang sejuta serta bayaran balik selepas dia tidak mengadakan konsert tahun lalu.

“Tolong, tolong, benarkan kami pergi, tolong,” Brown berkata dalam video yang dihantar ke akaun rasminya di Instagram, yang memperlihatkan dia berlutut di dalam bilik yang nampaknya di bilik hotel. Video yang dihantarnya itu kemudian telah dikeluarkan.

Dia juga dikatakan menghantar isyarat sedih kepada Presiden AS Barack Obama ketika dia memberi keterangan dalam penghantarannya: “OBAMA!!!!!!!’

Dalam dua penghantaran kemudian di Twitter, Brown berkata: “Ini adalah situasi sangat serius dan seseorang perlu bertanggung jawab kerana mencampuradukkan nama saya dalam semua ini. Saya tidak melakukan apa pun kesalahan.!!!”.

Jurucakap imigresen, Tan tidak mengatakan apa yang terjadi dengan kes penipuan itu selepas penyanyi rap meninggalkan negara itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA