Bru Reds galas cabaran negara

Bru Reds galas cabaran negara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Kelab Penyokong Liverpool Brunei (LSCB) akan menyertai Temasya Bola Sepak Penyokong-penyokong LFC (Kelab Bola Sepak Liverpool) 4 Penjuru Se-Borneo 2015 pada 28 November 2015 nanti.

Sehubungan itu, mereka yang menggunakan nama ‘Bru Reds’ semasa temasya tersebut nanti kini giat mengadakan latihan dan perlawanan persahabatan termasuk menentang pasukan tempatan, NJP FT Veteran malam tadi.

Dalam perlawanan persahabatan di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah berkenaan Bru Reds telah berjaya menewaskan NJP FT Veteran dengan jaringan 4-2.

Sementara itu, pada temasya yang akan berlagsung di Stadium Kompleks Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan itu nanti, Bru Reds akan berentap dengan tiga lagi kelab penyokong Liverpool iaitu KK Reds, Labuan Reds dan Ranau Reds.

Para pemain Bru Reds bergambar ramai bersama Pengurus NJP FT Veteran, Mohd Najip bin Mokhtal (kanan).
Para pemain Bru Reds bergambar ramai bersama Pengurus NJP FT Veteran, Mohd Najip bin Mokhtal (kanan).

Rombongan pasukan negara seramai 25 orang termasuk 22 pemain itu akan diketuai oleh pengurus Hayatdy bin Idris.

Mereka akan berlepas ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 27 November ini.

Antara lain peraturan perlawanan di Temasya Bola Sepak Penyokong-penyokong LFC kelak ialah setiap perlawanan akan berlangsung selama 30 minit separuh masa pertama dan 30 minit pada separuh masa kedua, manakala pertukaran pemain adalah tanpa had pada setiap perlawanan.