Bruce pengurus baru Villa

Bruce pengurus baru Villa

LONDON, 13 Okt – Aston Villa melantik Steve Bruce sebagai pengurus baru bagi pasukan yang beraksi dalam liga Kejuaraan itu.

Bruce menggantikan tempat Roberto Di Matteo yang sebelum ini membawa pasukan tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu dan kini berada di tangga ke-19 dalam kancah divisyen kedua itu.

Pengendali berusia 55 tahun itu menjadi pengurus tetap keempat dalam tempoh 12 bulan yang dilantik di Villa Park.

Bruce yang juga bekas pertahanan Manchester United, kembali memikul tugas pentadbiran selepas meletak jawatan di Hull Julai lalu, menunjukkan rekod yang baik apabila membantu Tigers kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris.

Aston Villa telah melantik Steve Bruce sebagai pengurus keempat, kembali untuk melatih pasukan tersebut untuk kembali beraksi pada liga Kejuaraan. – AP
Aston Villa telah melantik Steve Bruce sebagai pengurus keempat, kembali untuk melatih pasukan tersebut untuk kembali beraksi pada liga Kejuaraan. – AP

“Ia satu peluang yang menarik. Ia adalah salah satu kelab terbesar dalam negara ini. Ia sesuatu yang hebat apabila diberi peluang menguruskan pasukan ini,” kata Bruce dalam laman web rasmi kelab itu.

“Saya teruja dengan cabaran dalam usaha membantu pasukan mencapai sasaran diinginkan dan cuba memulihkan kelab yang berdepan nasib kurang baik sejak beberapa tahun ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA