BruEire peduli kebajikan sosial pelajar

BruEire peduli kebajikan sosial pelajar

CORK Republik Ireland, 3 Nov – Sejak ditubuhkan pada Jun 2015 lalu, Persatuan Penuntut-penuntut Brunei di Republik Ireland (BruEire) telah dirasmikan pada majlis yang berlangsung di Kompleks Sains Kesihatan Brookfield, Universitiy College Cork pada 31 Oktober lalu, yang turut menandakan penggabungannya dengan Kesatuan Pelajar-pelajar Brunei (SBUnion).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pengajian, Unit Penuntut-penuntut Brunei (UPP), Awang Ahmad Faisal bin Haji Zainal Abidin selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Pegawai Agama UPP, Awang Muskrisman Safari bin Haji Mustapa, dan 25 orang pelajar, termasuk empat yang dalam perkhidmatan, dari tiga buah universiti iaitu Trinity College Dublin, National University of Ireland, Galway, dan University College Cork.

Kesemua pelajar berkenaan mengambil jurusan berkaitan Sains Kesihatan seperti jururawat, perbidanan dan perubatan.

Presiden Persatuan BruEire, Dayang Elia Ajeeratul Marhain Umar dalam ucapan pengenalannya berkata, tujuan utama persatuan ini adalah untuk menjadi tempat perhubungan antara UPP dan pelajar-pelajar Brunei yang berada di Republik Ireland.

Anggota Persatuan BruEire bergambar ramai bersama Awang Ahmad Faisal (empat kiri) dan Awang Muskrisman Safari (empat kanan).
Anggota Persatuan BruEire bergambar ramai bersama Awang Ahmad Faisal (empat kiri) dan Awang Muskrisman Safari (empat kanan).

Selain menjadi asas untuk membimbing mereka yang ingin meneruskan pengajian di rantau itu, unit ini lebih penting lagi memberi bantuan kepada pelajar-pelajar dan juga memastikan keselamatan serta kebajikan sosial mereka, tambah beliau.

Sementara itu, Awang Ahmad Faisal dalam ucapannya pula mengingatkan para pelajar supaya sentiasa memiliki rasa kesetianegaraan dan berpegang teguh pada identiti Brunei serta juga falsafah kebangsaan negara.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa ahli-ahli persatuan komitmen dan kerja berkumpulan dalam merancang hala tuju masa depan persatuan serta dalam pelaksanaannya.

Beliau menambah, Suruhanjaya Tinggi Brunei melalui UPP komited sepenuhnya dalam memastikan kebajikan, akademik dan keagamaan yang diperlukan para pelajar dibantu dan disokong.

Majlis diakhiri dengan penyampaian tanda penghargaan oleh presiden persatuan BruEire kepada tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA