Brugge terima padah, kempen Eropah CSKA berakhir

Brugge terima padah, kempen Eropah CSKA berakhir

PARIS, 19 Ogos – Dua jaringan Memphis Depay membawa Manchester United lebih hampir untuk kembali beraksi dalam peringkat kumpulan Liga Juara–Juara selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas pasukan dari Belgium, Club Brugge semalam dalam pusingan pertama play-off mereka.

Sementara United mendapatkan keselesaan pendahuluan dua gol ke atas pasukan Belgium itu, Sporting Lisbon pula mendapat kelebihan tipis satu jaringan untuk membawa mereka ke Moscow, walaupun kemenangan 2-1 mereka ke atas CSKA menamatkan penguasaan sembilan perlawanan tanpa kalah pasukan dari Rusia itu dalam kelayakan Liga Juara-Juara.

United dikejutkan awal menerusi jaringan sendiri Michael Carrick, yang menewaskan Sergio Romero untuk meletakkan pasukan pelawat di depan 1-0, tetapi berjaya menyamakan kedudukan pada suku jam permainan menerusi kemahiran individu Depay, yang menyepak bola tinggi ke atas pertahanan Brugge, membawa bola dan meledakkannya ke gawang.

Bintang dari Belanda itu meneruskan rentak menariknya sejurus sebelum separuh masa pertama dengan meluru dari sudut kiri dan melepaskan rembatan melencong menewaskan Sebastien Bruzzese.

United bekerja keras untuk mendapatkan gol penting ketiga dan akhirnya berjaya pada saat–saat akhir selepas Brugge dikurangkan kepada 10 pemain, dengan Marouane Fellaini, yang pernah beraksi di bawah bimbingan jurulatih Brugge, Michel Preud’homme di Standard Liege dari 2006-08, menjaringkan gol.

Pemain Sporting, Joao Pereira (kiri) disaingi pemain CSKA Moscow, Ahmed Musa dalam aksi play-off Liga Juara-Juara di Lisbon, semalam. – Reuters
Pemain Sporting, Joao Pereira (kiri) disaingi pemain CSKA Moscow, Ahmed Musa dalam aksi play-off Liga Juara-Juara di Lisbon, semalam. – Reuters

Sporting Lisbon pula menjaringkan gol awal di laman sendiri menentang CSKA ketika pemain antarabangsa Costa Rica, Brian Ruiz memberikan umpanan kepada Teofilo Guttierez dan pemain dari Colombia, 30, melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol berpengalaman, Igor Akinfeev.

CSKA berada dalam perlawanan tersebut tanpa pernah melepaskan mata dalam lima perlawanan persaingan liga domestik tetapi mereka nampak sukar dikalahkan di Lisbon apabila mengatasi pasukan tuan rumah sejak dari awal.

Bagaimanapun, mereka kembali ke dalam persaingan dan seharusnya menyamakan kedudukan tetapi menyaksikan sepakan penalti minit ke-27 Seydou Doumbia berjaya diselamatkan oleh Rui Patricio.

Biarpun kekecewaan tersebut, penyerang Ivory itu tidak melakukan kesilapan lima minit sebelum berakhir separuh masa pertama apabila merampas bola dari Roman Eremenko untuk menewaskan Patricio. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA