Brunei 88 juara futsal Hyundai EURO 2016

Brunei 88 juara futsal Hyundai EURO 2016

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Kejohanan Futsal Hyundai EURO 2016 berakhir malam tadi dengan kejuaraan menjadi milik Brunei 88 selepas ia berjaya menewaskan Red Butterfly 2-1 di perlawanan akhir.

Pada aksi separuh akhir, Brunei 88 membelasah GG FT 5-0 untuknya mudah mara ke final manakala Red Butterfly layak ke final selepas menang 2-1 menerusi sepakan penalti penentuan ke atas Kota Junior.

Kedua-dua pasukan yang kalah pada peringkat separuh akhir itu tidak pulang kecewa kerana secara automatik memenangi tempat ketiga bersama.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir dan kemudiannya menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Jualan, Setia Motors Sdn Bhd, Fadhillah bin Sulaiman.

Juara.. Brunei 88 ketika menerima cek replika $1500 daripada Fadhillah (berdiri lima dari kanan).
Juara.. Brunei 88 ketika menerima cek replika $1500 daripada Fadhillah (berdiri lima dari kanan).

Juara menerima hadiah wang tunai $1500 dan pingat emas, manakala naib juara mendapat hadiah wang tunai $1000 dan pingat perak. Kedua-dua pemenang tempat ketiga bersama pula membawa pulang hadiah wang tunai $300 dan pingat gangsa.

Sejumlah 40 buah pasukan yang dibahagikan kepada sepuluh buah pasukan telah menyertai kejohanan anjuran Setia Motor Sdn Bhd bersempena dengan EURO 2016 berkenaan ketika di peringkat kumpulan.

Aksi peringkat kumpulan dan pusingan kedua telah dijalankan di Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas, manakala aksi suku akhir hingga final malam tadi telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.