Brunei 88 juara futsal

Brunei 88 juara futsal

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Brunei 88 menang tipis 1-0 ke atas Vamos FT di perlawanan akhir untuknya bergelar juara Kejohanan Mini Futsal S5R 2016 yang berakhir malam tadi.

Sementara itu dua pasukan yang tewas pada peringkat separuh akhir iaitu Qahar FT dan Semangut FC secara automatik memenangi tempat ketiga bersama.

Pada dua perlawanan separuh akhir, Qahar FT kalah 0-1 kepada Vamos FT, manakala Semangut FC dikalahkan oleh Brunei 88 dengan jaringan 0-2.

Sejumlah 25 buah pasukan telah menyertai kejohanan dua hari yang berlangsung pada pagi dan petang Ahad (28 Ogos) dan malam tadi (29 Ogos) di Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) berkenaan.

Juara, Brunei 88 (hitam-emas) dan naib juara, Vamos FT (hijau) bersama penganjur Kejohanan Mini Futsal S5R 2016.
Juara, Brunei 88 (hitam-emas) dan naib juara, Vamos FT (hijau) bersama penganjur Kejohanan Mini Futsal S5R 2016.

Selaku juara, Brunei 88 telah menerima hadiah wang tunai $350 dan 10 pasang jersi futsal, manakala Vamos FT sebagai naib juara mendapat hadiah wang tunai $250 dan 10 pasang jersi futsal.

Sementara itu, Qahar FT dan Vamos FT masing-masing sebagai pemenang tempat ketiga bersama berpuas hati membawa pulang hadiah wang tunai $100 dan sebiji bola futsal.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Pengerusi Bersama Kejohanan, Awang Matasan bin Haji Kula dan Haji Mohd Abu Faizullah.

ARTIKEL YANG SAMA