Brunei-Arab Saudi terus nikmati hubungan akrab

Brunei-Arab Saudi terus nikmati hubungan akrab

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Kedutaan Arab Saudi ke Brunei Darussalam malam ini mengadakan majlis resepsi bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-86 tahun, di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengiran Dato Paduka Haji Awang Othman.

Duta Besar Arab Saudi ke Brunei Darussalam, Hisham bin Abdul Wahab bin Zar’ah dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas sokongan dan kerjasama yang diberikan serta hubungan persaudaraan baik yang dinikmati oleh Arab Saudi dan Brunei.

Menurutnya, sambutan Hari Kebangsaan ke-86 tahun ini amat berharga bagi rakyat Arab Saudi sebagai meraikan pencapaian ke arah meningkatkan kemajuan negara itu dalam segenap bidang.

Yang Berhormat Pehin dan Duta Arab Saudi ke Brunei bersama-sama memotong kek Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-86 tahun.
Yang Berhormat Pehin dan Duta Arab Saudi ke Brunei bersama-sama memotong kek Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-86 tahun.

“Bagi merealisasikan wawasan Arab Saudi 2030, kerajaan Arab Saudi telah menyediakan program transformasi yang menelan belanja 270 bilion Riyal dalam tempoh lima tahun untuk merangsang serta meningkatkan prestasi kerajaan menangani masalah pengangguran, keperluan perumahan serta meningkatkan dasar luar negara.”

Beliau juga menyentuh mengenai kejayaan pengurusan jemaah Haji baru-baru ini yang berjumlah kira-kira dua juta jemaah tanpa sebarang laporan kemalangan. Kejayaan ini adalah daripada usaha insentif pihak berkuasa bertanggungjawab di atas keselamatan jemaah-jemaah tersebut.

Majlis malam ini dimulakan dengan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Arab Saudi diikuti dengan acara memotong kek Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-86 tahun oleh Yang Berhormat Pehin dan Duta Arab Saudi ke Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA