Brunei-Bahamas jalin hubungan diplomatik

Brunei-Bahamas jalin hubungan diplomatik

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan the Commonwealth of The Bahamas mulai 21 November 2016.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan hari ini, majlis menandatangani Kenyataan Bersama penjalinan hubungan diplomatik itu telah diadakan di Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah diwakili oleh Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB di New York, Dato Paduka Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail, sementara itu kerajaan the Commonwealth of The Bahamas diwakili oleh Wakil Tetap negara itu ke PBB di New York, Dr. Elliston Rahming.

ARTIKEL YANG SAMA