Brunei benam Timor-Leste

Brunei benam Timor-Leste

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt– Shafie Effendy menjadi wira Pasukan Skuad Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam apabila rembatan kencang hasil hantaran pemain sayap kiri skuad negara dimanfaatkannya untuk menempatkan Brunei di hadapan pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Suzuki AFF 2016 di Stadium Olimpik Phnom Penh, Kemboja semalam dengan jaringan 2-1.

Meskipun ketinggalan 0-1 di tangan Timor Leste pada babak pertama hasil jaringan Rufino Walter Gama yang menerima hantaran ketua pasukannya Jose Carlos Da Fonseca pada minit ke-11.

Namun begitu, pemain skuad Brunei terus menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila selang 11 minit kemudiannya Adi said bertindak menyuntik semangat pemain negara apabila tandukannya menggegarkan gawang Timor-Leste untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Brunei Darussalam kini berada di tempat pertama kumpulan di hadapan pasukan tuan rumah yang juga mencatatkan kemenangan semalam ke atas Pasukan Laos dengan jaringan 2-1.

Pasukan negara ketika meraikan kejayaan dalam perlawanan tersebut. – Gambar www.affsuzukicup.com
Pasukan negara ketika meraikan kejayaan dalam perlawanan tersebut. – Gambar www.affsuzukicup.com

Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Mike Wong sejurus selepas perlawanan semalam menegaskan bahawa perlawanan tersebut adalah sengit dan sukar dan padanya beliau sangat berbesar hati dengan kemenangan anak buahnya.

“Jika awda bertanya sama ada kita akan menang pada perlawanan pertama sebelum menentang Timor-Leste semalam, saya pasti menjawab peluang kita sangat tipis, apa pun tiga mata yang kita perolehi adalah sangat berharga dan membuka peluang untuk kita terus mara ke hadapan,” ujarnya lagi.

Pasukan Brunei Darussalam seterusnya akan menentang Pasukan Kemboja pada 18 Oktober dan Pasukan Laos pada 21 Oktober ini nanti.

ARTIKEL YANG SAMA