Brunei berpeluang ke separuh akhir bola jaring

Brunei berpeluang ke separuh akhir bola jaring

SINGAPURA, 4 Jun – Pasukan negara berjaya mencatat kemenangan keduanya di pusingan kelayakan acara bola jaring Sukan Asia Tenggara (SEA GAMES) apabila menentang pasukan Filipina dengan kemenangan 56-32.

Brunei ketinggalan lima jaringan pada separuh waktu masa pertama yang mana pasukan Filipina mendesak bagi memburu kemenangan pertama mereka. Walau bagaimanapun, pasukan negara berjaya bangkit pada suku ketiga perlawanan dengan kelebihan 13 mata.

Goal shooter (GS) negara, Nur Hafizah Haji Abdul Sidek menjaringkan 30 gol, sementara goal attack (GA), Siti Marhayat Ahmad menambah 26 lagi.

Dengan keputusan ini bermakna pasukan negara berpeluang untuk mara ke separuh akhir, sementara, Myanmar yang mempunyai kelebihan jaringan perlu mengalahkan Singapura malam ini dengan kelebihan 10 jaringan untuk mara ke separuh akhir.

Sementara itu di perlawanan semalam pasukan negara tewas kepada pasukan Malaysia dengan jaringan 82-24.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah turut menyaksikan perlawanan tersebut. - Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah turut menyaksikan perlawanan tersebut. – Infofoto
Aksi pasukan negara ketika menentang pasukan Filipina di kejohanan Sukan SEA ke-28 kelmarin. – Infofoto
Aksi pasukan negara ketika menentang pasukan Filipina di kejohanan Sukan SEA ke-28 kelmarin. – Infofoto

Jaringan-jaringan di perlawanan itu diterajui oleh pemain Malaysia Norashikin Kamalzaman dengan 69 jaringan.

Pasukan Malaysia mengatasi jaringan pasukan negara di setiap suku masa perlawanan dengan kelebihan 10 jaringan.

Kapten pasukan Malaysia Yap Suo Kuen berkata Selasa lalu sewaktu seri 35-35 dengan Singapura menyemarakkan tahap keyakinan pasukan, dia menambah mereka akan berhabis-habisan untuk meraih tempat teratas pada pertandingan yang disertai enam pasukan itu.

“Sebagai juara bertahan, kami begitu yakin dapat meraih pingat emas,” tambahnya.