Brunei boleh bantu bangunkan Timor Leste

Brunei boleh bantu bangunkan Timor Leste

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Negara Brunei Darussalam boleh menyumbang dalam beberapa bidang bagi membantu Timor Leste membangunkan negaranya yang baru sedekad mencapai kemerdekaan.

Antara bidang-bidang yang dapat ditawarkan oleh Brunei kepada kemajuan negara yang kaya dengan sumber minyak dan gas itu ialah dalam pembangunan modal insan, pengeksportan binatang ternakan dan barang makanan halal, pengilangan serta pemprosesan perikanan dan makanan laut lain oleh pengusaha tempatan Brunei.

Saranan itu dibuat oleh Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Abdul Salam bin Abdul Momin ketika menerima kunjungan wartawan Brunei Press yang mengikuti Program Lawatan Media ASEAN ke Timor Leste, baru-baru ini.

Ketika ditemui di Pejabat Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Timor Leste, di Dili, beliau berkata, Timor Leste yang kaya dengan sumber minyak dan gas serta hasil laut, masih mengimport hampir kesemua bahan makanan asasi dari negara luar bagi memenuhi keperluan makanan penduduk yang majoritinya beragama Kristian manakala Islam penduduk minoriti.

“Pada hemat saya, antara sumbangan ekonomi yang boleh Brunei usahakan ialah mengeksport binatang ternakan halal dari ladang milik negara yang terletak di Darwin, Australia,” tegas beliau.

Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Abdul Salam dan isteri.
Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Abdul Salam dan isteri.

Darwin terletak kira-kira sejam perjalanan udara dari Dili, ibu negeri Timor Lerste.

Menurutnya, pengimportan produk tenusu dan barang makanan halal komplemen dengan keperluan makanan penduduk negara yang baru itu dengan hasratnya untuk memajukan industri pelancongan kepada pelancong asing, termasuk pelancong Islam.

“Syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Brunei dalam industri pemakanan boleh mengembangkan perusahaan mereka di Timor Leste sama ada dengan melalui perusahaan usaha sama atau melalui pelaburan.”

Katanya, kalau ada pengusaha Brunei yang ingin meluaskan perniagaan mereka di negara itu, menjalankan perusahaan makanan halal adalah satu ruang yang masih belum dieksploit lagi di negara itu yang agak sukar mendapatkan makanan halal.

Bantuan kedua yang boleh dihulurkan negara ini kepada pembangunan Timor Leste ialah pembangunan modal insan dalam latihan teknikal dan vokasional serta pengajian tinggi.

Ujarnya, pembangunan mo-dal insan amat penting dalam kemajuan sesebuah negara dan Brunei boleh menawarkan kemasukan para pelajar dari negara itu untuk melanjutkan pengajian mereka di Sekolah Perdagangan, Politeknik Brunei atau Institut Teknologi Brunei.

Beliau juga mengesyorkan para pengusaha Brunei untuk menerokai industri pem-prosesan dan pengilangan makanan laut yang berpotensi besar di negara membangun itu.

Beliau menekankan, Timor Leste kaya dengan sumber hasil laut yang belum dieksploit asi sepenuhnya dan potensi itu boleh direbut oleh pengusaha dari Brunei untuk memulakan perusahaan pengilangan atau mengetin ikan serta makanan laut lain, di samping menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.

Peluang itu, bagaimanapun, tidak akan bertahan lama ke-rana pada hari ini perusahaan-perusahaan besar seperti dalam bidang industri berat, pembinaan telah mula menarik minat syarikat-syarikat dari China, manakala Vietnam telah mengukuhkan tapaknya dalam industri telekomunikasi mudah alih Timor Leste melalui Syarikat Telekomunikasi Telemor.

Timor Leste pada masa ini sedang dalam proses membina sistem infrastruktur perhubu-ngan dan telekomunikasi se-perti sistem jalan raya, pelabuhan kedua, lapangan terbang antarabangsa kedua dan loji penapis minyak yang terletak di Pantai Selatan negara kepulauan itu.

ARTIKEL YANG SAMA