Brunei, CETC ...

Brunei, CETC jalin kerjasama

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Dalam usaha untuk mengukuhkan dan mempelbagaikan ekonomi di negara ini, kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kumpulan Kerjasama Teknologi dan Elektronik China (CETC) Antarabangsa, Republik Rakyat China telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan di Beijing, Republik Rakyat China, baru-baru ini.

Langkah penandatanganan itu dicapai berikutan persetujuan Majlis Kemudi Pelaburan Langsung Asing dan Industri Hiliran (FDIDI) untuk meneroka peluang-peluang bagi kolaborasi dengan CETC untuk membangun ekonomi digital Negara Brunei Darussalam dan keupayaan industri ICT.

MoU itu adalah selaras dengan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan dan mempelbagaikan ekonomi Negara Brunei Darussalam, di samping meningkatkan kerjasama ekonomi negara dan Republik Rakyat China melalui kolaborasi dan penerokaan berterusan bagi peluang-peluang pembangunan bersama.

CETC mengongsikan bahawa mereka gembira untuk mengusahakan perjalanan ini bersama Brunei. Penandatanganan MoU dengan CETC merupakan sebahagian daripada dorongan kerajaan Negara Brunei Darussalam ke arah menarik rakan-rakan Pelaburan Asing (FDI) untuk membangun ekonomi dinamik dan mapan sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan jangka panjang negara ‘Wawasan Brunei 2035’.

Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar dan Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah yang turut hadir dalam acara penandatanganan MoU tersebut.
Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar dan Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah yang turut hadir dalam acara penandatanganan MoU tersebut.

Fokus terhadap pembangunan ekonomi digital disasarkan dalam menyambut ketibaan dan memanfaatkan perubahan teknologi yang akan membangun industri-industri dengan daya saing jangka panjang dan menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi.

Ia juga dihasratkan akan mencipta kerja-kerja tambahan dan perniagaan-perniagaan tempatan akan mendapat manfaat daripada putaran ekonomi.

CETC merupakan syarikat milik kerajaan di Republik Rakyat China yang bukan sahaja dikenali bagi ICT dan penyelesaian-penyelesaian digital mereka, namun juga bagi pakej-pakej holistik dalam perkhidmatan talian awam, elektronik petroleum dan lain-lain.

ARTIKEL YANG SAMA