Brunei, China kukuhkan kerjasama ekonomi

Brunei, China kukuhkan kerjasama ekonomi

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, hari ini, mengadakan perjumpaan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Wang Yi di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Semasa perjumpaan itu, Yang Berhormat Pehin dan TYT Wang berbincang mengenai usaha-usaha bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala termasuk melalui perdagangan dan kerjasama ekonomi.

Di samping itu, Yang Berhormat Pehin dan Tuan Yang Terutama juga bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa. TYT Wang berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan selama dua hari.

Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Lim Jock Seng mengalu-alukan kehadiran TYT Wang Yi.
Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Lim Jock Seng mengalu-alukan kehadiran TYT Wang Yi.
Yang Berhormat Pehin dan TYT Wang mengadakan perbincangan semasa perjumpaan yang berlangsung di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
Yang Berhormat Pehin dan TYT Wang mengadakan perbincangan semasa perjumpaan yang berlangsung di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

ARTIKEL YANG SAMA