Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Brunei-Filipina meterai MoU tangani isu salah guna dadah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Bagi memperkukuh dan mempertingkatkan lagi mekanisme kerjasama dalam sama-sama menangani isu penyalahgunaan dadah di rantau ASEAN, Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Philippine Drug Enforcement Agency (PDEA), Republik Filipina, baru-baru ini.

    Majlis penandatanganan telah diadakan di Ibu Pejabat PDEA, Quezon City, Republik Filipina di mana MoU mengenai Cooperation in Combating Illicit Traffic and Abuse of Narcotic Drugs, Psychotropic Substances, New Psychoactive Substances, Controlled Precursors and Essential Chemical itu telah ditandatangani oleh Pengarah BKN, Dato Paduka Mohd Zalani bin Haji Ismail bagi pihak Negara Brunei Darussalam dan Ketua Pengarah PDEA, Moro Virgilio M Lazo bagi pihak Republik Filipina.

    MoU tersebut memfokuskan kerjasama dalam pertukaran maklumat mengenai suspek dan rangkaian dadah, modus operandi kaedah pemeriksaan dan penyembunyian dadah, penghasilan dan penyeludupan dadah.

    Ia juga merangkumi penyiasatan ke atas hasil jenayah dadah, kemunculan dadah baharu, amalan terbaik dalam penganalisaan saintifik, rawatan dan pemulihan penagih dadah, penyiasatan dan pendakwaan kes dadah serta pendidikan dan pencegahan dadah.

    Bagi melaksanakan MoU berkenaan, Brunei Darussalam dan Republik Filipina akan mematuhi dan terus komited terhadap perlaksanaan skop kerjasama dengan memastikan kedaulatan serta perundangan negara masing-masing.

    Majlis penandatanganan MoU yang berlangsung di Ibu Pejabat PDEA, Quezon City, Republik Filipina, baru-baru ini. – Gambar serahan BKN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...