Brunei-Gambia jalin hubungan diplomatic

Brunei-Gambia jalin hubungan diplomatic

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Gambia mulai hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan di sini hari ini, majlis menandatangani Kenyataan Bersama penjalinan hubungan diplomatik tersebut telah diadakan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin POKD SLDSU Haji Awang Mohd Taha sementara kerajaan Republik Gambia diwakili oleh Duta Besarnya ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Abubucarr Jah.

ARTIKEL YANG SAMA