Brunei hamper tewaskan Thailand

Brunei hamper tewaskan Thailand

SINGAPURA, 2 Jun – Pasukan bola jaring Brunei hampir mengalahkan Thailand di Kejohanan Sukan Asia Tenggara (SEA GAMES) hari ini, sebelum pasukan Thailand bangkit mengalahkan pasukan negara dengan keputusan 45-40 yang berlangsung di OCBC Arena, Singapura.

Pasukan negara berada di depan di dua suku masa pertama mendahului Thailand 23-18 sehingga tamat separuh masa pertama.

Jurulatih Thailand Chng Li Li mula tidak duduk senang dan membuat keputusan untuk memasukkan kapten pasukan Siriwan Seenongsaeng di posisi goalkeeper (GK). Keputusannya membuahkan hasil dan berjaya mengubah rentak permainan Thailand, meninggalkan Brunei 16-5 di suku ketiga perlawanan.

Chng mengatakan perbincangan bersama pasukannya sewaktu rehat separuh masa perlawanan membuatkan pasukannya bermain lebih baik. “Saya memberitahu mereka untuk lebih kerap menyerang, cekal, dan memainkan permainan mereka.”

Atlit Brunei Dk Khalisha (kiri) berebut bola dengan atlit Thailand Paweena Kamwan di perlawanan sukan SEA ke-28, kelmarin. – Gambar ihsan The Strait Times
Atlit Brunei Dk Khalisha (kiri) berebut bola dengan atlit Thailand Paweena Kamwan di perlawanan sukan SEA ke-28, kelmarin. – Gambar ihsan The Strait Times

ARTIKEL YANG SAMA