Brunei hampir tewaskan Timor Leste

Brunei hampir tewaskan Timor Leste

SINGAPURA, 3 Jun (Bernama) – Skuad bola sepak Timor Leste meraih kemenangan pertama pada Sukan SEA 2015 apabila menewaskan Brunei 2-1 pada perlawanan ketiga Kumpulan B di Stadium Bishan di sini, malam ini.

Kemenangan Timor Leste itu melonjakkan pasukan berkenaan satu anak tangga di tempat ketiga mengatasi Malaysia dalam kedudukan pasukan Kumpulan B berdasarkan perbezaan jaringan walaupun kedua-dua pasukan mengumpul tiga mata, dengan anak buah Datuk Ong Kim Swee akan berdepan misi hidup mati menentang juara bertahan Thailand di venue yang sama, petang esok.

Pada perlawanan malam ini, pemain kelahiran Brazil, Jairo Neto meletakkan Timor Leste di hadapan pada minit ke-24 sebelum Faiq Jefri Bolkiah menyamakan kedudukan pada minit ke-68.

Seorang lagi pemain naturalisasi kelahiran Brazil, Paulo Ribiero muncul wira pasukan Timor Leste apabila menjaringkan gol kemenangan tujuh minit kemudian.

Dengan kekalahan ini bermakna pasukan negara gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara bola sepak lelaki sukan SEA.

pg24_150604_a

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawwiyah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Brunei menentang Timor Leste di Stadium Bishan, malam tadi. – Infofoto
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawwiyah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Brunei menentang Timor Leste di Stadium Bishan, malam tadi. – Infofoto

pg24_150604_c

Pada aksi Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Kemboja yang dianggap pasukan kerdil pada temasya kali ini, menampilkan aksi memukau apabila mengejutkan Filipina 3-1. Tiga gol Kemboja dijaringkan oleh Prak Mony Udom pada minit ke-30, Keo Sokpheng (minit ke-41) dan Chan Vathanaka pada minit ke-80 manakala gol sagu hati Filipina menerusi Paolo Salenga pada minit ke 53.

Vietnam yang membelasah Malaysia 5-1 pada perlawanan kedua Kumpulan B malam semalam, akan berdepan Laos di Stadium Bishan, manakala tuan rumah Singapura yang mengintai pingat emas pertama dalam acara bola sepak pada temasya dwitahunan itu, akan bertemu Myanmar di Stadium Jalan Besar dalam aksi Kumpulan A.

Kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung esok.

ARTIKEL YANG SAMA