Brunei hos BARTER 2015, 17 Sept depan

Brunei hos BARTER 2015, 17 Sept depan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Dengan kedudukan Negara Brunei Darussalam di tengah-tengah rantau ASEAN, negara bakal menyaksikan penganjuran forum jualan (runcit) pertama yang akan diadakan pada September nanti.

Forum jualan berkenaan yang dikenali sebagai Forum Runcit Tahunan Brunei (BARTER 2015) akan diadakan pada 17 September nanti di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Ia akan mengetengahkan penceramah terkemuka serantau dan antarabangsa yang akan membentangkan pelbagai kertas kerja, perbincangan serta demonstrasi untuk membantu meningkatkan perniagaan dan pengalaman para peserta.

Semasa forum yang dianjurkan oleh CONFEX itu, pelbagai topik bakal dibincangkan termasuk, “What’s next for ASEAN? Retail leaders’s big predictions on challenges & opportunities” dan “Beyond Brunei Borders: Making the first leap”.

Di samping forum berkenaan, Pameran Pengguna Mobile juga akan diadakan di The Mall, Gadong bermula 17 hingga 20 September di mana ia akan mengetengahkan pelbagai pameran oleh pembina aplikasi mudah alih dan pengedar pelbagai jenama peranti mudah alih.

Pameran itu juga akan mengetengahkan kegiatan-kegiatan pentas termasuk demonstrasi interaktif dan juga tawaran istimewa.

ARTIKEL YANG SAMA