Brunei jalin hubungan diplomatik dengan Republik Kiribati

Brunei jalin hubungan diplomatik dengan Republik Kiribati

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jan – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Kiribati mulai 26 Januari 2016.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan hari ini, majlis menandatangani Kenyataan Bersama penjalinan hubungan diplomatik itu telah diadakan di Pejabat Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia diwakili oleh Wakil Tetap Brunei ke PBB, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail sementara kerajaan Republik Kiribati diwakili oleh Wakil Tetapnya ke PBB, Puan Yang Terutama Makurita Baaro.