Brunei juarai Dart Limbang

Brunei juarai Dart Limbang

Oleh Arissa

LIMBANG, 27 Jan – Pasukan dari Brunei Darussalam terus membuktikan keunggulan apabila membolot beberapa kejuaraan yang dipertandingkan dalam Kejohanan Dart Terbuka 2016 anjuran Kelab Takasima Darters Limpaku Pinang dan jawatankuasa Kelab Dart Limbang baru-baru ini. Pasukan Combine Ddt (Brunei) menjuarai Kategori Divisyen Satu, manakala PHA Cool (Brunei) di tempat kedua sementara itu tempat ketiga bersama dimenangi oleh Pasukan KBT Amazing Destroyer (Brunei) dan Takasima B (Limbang).

Selaku juara Combine Ddt membawa pulang RM5,000, naib juara PHA Cool menerima RM2,000 dan ketiga bersama Pasukan KBT Amazing Destroyer dan Takasima B menerima RM1,000.

Bagi Kategori Divisyen Dua pula, Pasukan TJHH (Brunei) muncul juara sekaligus membawa pulang RM1,500, manakala Pasukan Sulcon Satu gabungan pasukan dari Brunei dan Labuan terpaksa berpuas hati ditangga kedua serta menerima RM700. Manakala Pasukan SD ‘SS’ (Sabah) dan KTB Tunggal (Brunei) berkongsi kedudukan di tangga ketiga dan masing-masing menerima RM300. Hadiah kemenangan disampaikan sendiri oleh Pengurus Kelab Takasima Darters Limpaku Pinang, Awang Asrol Karim.

Seramai 89 pasukan dari Brunei, Sabah, Labuan, Limbang, Lawas dan Semenanjung Malaysia menyertai kejohanan itu yang diadakan di Dewan Suarah Limbang.

Awang Asrol (berdiri tengah) bergambar ramai bersama pasukan juara dalam Kejohanan Dart Terbuka 2016.
Awang Asrol (berdiri tengah) bergambar ramai bersama pasukan juara dalam Kejohanan Dart Terbuka 2016.