Brunei Ke Separuh Akhir

Brunei Ke Separuh Akhir

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Atlet Pairs dan Triples Brunei Darussalam menempah laluan ke separuh akhir Kejohanan Boling Padang Asia ke-11 dan Kejohanan Boling Padang Bawah 25 Tahun Kali Ke-9 setelah berjaya menjuarai kumpulan masing-masing selepas lima pusingan di hari kedua kejohanan itu di Kompleks Boling Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas hari ini.

Setelah dua kemenangan semalam, pasangan Awang Mohd Israt Amiruddin bin Haji Abdul Ghani dan Haji Naim Brahim meneruskan penguasaan dalam acara Pairs apabila hari ini membenam Pasukan Pakistan dengan mata 25- 9 dan Sri Lanka 28-6 untuk menjuarai Kumpulan D.

Sementara itu atlet Triples Brunei Darussalam yang disertai Awang Abdul Rahman bin Haji Omar, Pengiran Haji Tengah bin Pengiran Haji Tajuddin dan Ampuan Ahad bin Ampuan Haji Kassim pula membuktikan kemampuannya apabila berjaya menjuarai Kumpulan E setelah menewaskan Pasukan Macau dengan mata 21-8, Pakistan dengan mata 33-5 dan Sri Lanka dengan mata 32-3.

Setelah selesai hari kedua, pemain perseorangan wanita, Dayangku Nurul Nabilah PHMSC masih mempunyai dua baki perlawanan untuk meneruskan cabarannya ke separuh akhir walaupun ditewaskan pemain perseorangan wanita Macau dengan mata 8-21.

Antara aksi pemain negara dalam kejohanan itu.
Antara aksi pemain negara dalam kejohanan itu.
Pemain perseorangan wanita negara masih mempunyai peluang dengan dua baki perlawanan untuk terus mara ke peringkat separuh akhir hari ini.
Pemain perseorangan wanita negara masih mempunyai peluang dengan dua baki perlawanan untuk terus mara ke peringkat separuh akhir hari ini.

Lapan lagi perlawanan akan berlangsung besok melibatkan pemain negara termasuk bagi Perseorangan Wanita, Fours dan pemain bawah 25 tahun lelaki dan perempuan.

Namun ia satu tugas besar bagi atlet Pairs dan Triples negara yang akan meneruskan cabaran masing-masing dalam perlawanan separuh akhir meskipun pingat gangsa sudah pasti dalam genggaman.