Brunei komited ke arah pengurangan kesan perubahan iklim

Brunei komited ke arah pengurangan kesan perubahan iklim

LIMA, Peru, 21 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan komitmen Negara Brunei Darussalam ke arah mengurangkan kesan perubahan iklim dan mengalu-alukan penguatkuasaan Perjanjian Paris.

Baginda yakin bahawa dalam mengatasi cabaran-cabaran perubahan iklim, Negara Brunei Darussalam akan terus mengekalkan dasar pemuliharaan hutan negara dan juga komited bagi menurunkan penggunaan tenaga di rantau ini pada 2035 sepertimana jua sasaran APEC.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan perkara ini semasa berkenan mengurniakan titah pada Sesi Retreat Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC (AELM) Kali Ke-24 yang telah berlangsung di Lima Convention Center, Republik Peru.