Brunei LNG rai 145 pelajar cemerlang

Brunei LNG rai 145 pelajar cemerlang

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 7 Mei – Seramai 145 pelajar dan 30 guru menerima anugerah Pelajar Cemerlang dan Guru Terbaik di Majlis Penyampaian Anugerah Akademik Cemerlang ke-14, di Dewan Serba Guna Kelab Rekreasi Liang Lumut, di sini, hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Syarikat Brunei LNG ini adalah bagi meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar dari seluruh sekolah-sekolah menengah, rendah, swasta dan sekolah ugama di Daerah Belait.

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid selaku tetamu kehormat.

Turut menyampaikan hadiah ialah Pengurus Operasi Brunei LNG Sdn Bhd, Haji Abdul Rahman bin Haji Sirat, Pengurus Perundangan dan Komunikasi Brunei LNG Sdn Bhd, Awang Mohammad Husini bin Haji Bakar.

Semasa menyampaikan ucapan di majlis itu, menekankan bahawa pengiktirafan berterusan kepada para pelajar dan guru-guru terutamanya dalam bidang pendidikan menampakkan keprihatinan dan pemedulian yang mendalam Syarikat Brunei LNG, serta sokongan terhadap pencapaian mereka selama ini.

Salah seorang murid yang menerima hadiah daripada Awang Mohammad Husini.
Salah seorang murid yang menerima hadiah daripada Awang Mohammad Husini.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang murid yang diraikan di majlis itu.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang murid yang diraikan di majlis itu.
Salah seorang guru cemerlang menerima hadiah daripada Haji Abdul Rahman.
Salah seorang guru cemerlang menerima hadiah daripada Haji Abdul Rahman.

Menurut beliau lagi, inisiatif dan sokongan padu pihak Brunei LNG dalam menganjurkan majlis seumpama ini, telah menampakkan komitmen dan penglibatan syarikat itu.

“Penglibatan Syarikat Brunei LNG sesuai dengan namanya sebagai sebuah badan korporat yang penting dan pada masa yang sama, mempunyai kepentingan di negara ini yang, bagi hemat saya, memang mempunyai peranan yang sama, untuk membantu kerajaan dalam mendukung hasrat dan wawasan 2035 iaitu untuk melahirkan rakyat, di kalangan pelajar-pelajarnya yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi, berdaya saing dan berdaya tahan,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata pelajar-pelajar yang menerima anugerah di majlis itu merupakan pemimpin hari esok atau dengan kata lain mereka adalah aset negara yang bakal menyambung kecemerlangan dan kejayaan ugama, bangsa dan negara pada masa akan datang.

Beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada kesemua pelajar-pelajar yang berkenaan serta memuji jasa guru-guru sekolah yang telah bertungkus-lumus dalam mendidik anak-anak murid mereka.

pg08_150508_a

pg08_150508_f

Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait menerima Anugerah Sekolah Berprestasi bagi Kategori Sekolah Rendah.
Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait menerima Anugerah Sekolah Berprestasi bagi Kategori Sekolah Rendah.

Anugerah pelajar cemerlang berkenaan dibahagikan kepada empat kategori, iaitu Peringkat Sekolah Rendah dan Ugama seramai 28 pelajar; Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), 79 pelajar; Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSRU), 23 pelajar; dan Peperiksaan GCE ‘A’ Level seramai 15 pelajar.

Pemilihan bagi anugerah ini adalah berdasarkan keputusan yang mencapai 90 peratus ke atas dan markah tertinggi.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Sekolah Berprestasi 2014 yang disandang oleh Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait bagi Kategori Sekolah Rendah, manakala Kategori Sekolah Ugama pula disandang oleh Sekolah Ugama Sungai Liang dan dalam Kategori Sekolah Menengah adalah Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Lumut. Manakala itu, penerima Anugerah Guru Terbaik ialah guru agama, Dayangku Norlela binti Pengiran Haji Matasan dari Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait yang telah memenanginya selama tiga kali berturut-turut.

ARTIKEL YANG SAMA