Brunei masih memburu kemenangan pertama

Brunei masih memburu kemenangan pertama

SINGAPURA, 31 Mei – Pasukan bola jaring wanita negara gagal untuk memenangi perlawanan pembukaan mereka setelah tewas 72-21 di tangan pasukan tuan rumah Singapura di kejohanan Sukan Asia Tenggara (SEA GAMES) yang berlangsung di OCBC Arena Hall 1, hari ini.

Goal Shooter (GS) Charmaine Soh menerajui kutipan jaringan dengan 38 mata, bilamana berjaya menjaringkan 77 peratus daripada 49 percubaan.

Pamela Liew menjaringkan 18 mata ditambah lagi ole Chen Huifen 16 mata.

Di perlawanan lain, pasukan Filipina tewas di tangan pasukan Thailand dengan 22-62.

Sementara pasukan Malaysia akan bertemu pasukan Myanmar hari ini, pada jam 5.30 petang.