Brunei miliki aplikasi ZALORA tersendiri

Brunei miliki aplikasi ZALORA tersendiri

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt, – ZALORA, Destinasi Fesyen Talian Asia hari ini melancarkan aplikasi mudah alih bagi memudahkan lagi para pengguna melayari talian tersebut.

Aplikasi mudah alih ZALORA pertama kali dilancarkan di rantau ini pada tahun 2013, dan menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun dalam kategori fesyen dan peragaan di semua negara di Asia Tenggara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan ZALORA, di sini, penerimaan ZALORA di kalangan penduduk Brunei sangat memberangsangkan dan mereka amat menghargainya.

“Kami berfikir bahawa ia akan memberikan masa yang sewajarnya untuk penduduk Brunei mendapatkan pengalaman melalui kaedah terbaru ini untuk membeli-belah dengan cara mereka di dalam aplikasi mudah alih tersebut,” katanya.

“Membeli-belah dengan ZALORA semudah dengan menekan paparan di skrin; boleh diakses kepada pengguna bila-bila masa dan di mana sahaja,” tambahnya lagi.

p18-1_20151022

Dengan cara pemanduan yang mudah, aplikasi ZALORA Brunei membolehkan pengguna untuk melayari melalui katalog ZALORA secara tersusun dengan penapisan pilihan. Selain itu, aplikasi melalui tetapan akaun juga boleh digunakan dan ditukar dari desktop ke peranti mudah alih dengan mudah.

Ciri-ciri lain termasuk fungsi carian senarai yang akan membolehkan pengguna untuk mengkaji semula produk kegemaran mereka. Ciri ‘My Account’ pula membolehkan pengguna untuk meneliti pesanan barangan secara terperinci. Pembayaran melalui aplikasi boleh dibuat melalui kaedah pelbagai bayaran yang terdiri daripada kad kredit, kad debit, PayPal, dan Cash-On-Delivery.

Sejak penubuhannya, talian aplikasi membeli-belah yang popular telah menjadi satu revolusi baru bagi pengguna di seluruh dunia, menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini hanya melalui aplikasi on-the-go. Aplikasi Android dan iOS, membolehkan pembeli untuk memilih lebih 500 jenama dan ribuan produk antarabangsa dan tempatan bila-bila masa sahaja dengan kaedah mesra pengguna.

Aplikasi ZALORA Brunei kini boleh didapati untuk dimuat turun dari App Store dan Google Play Store. Bersempena dengan pelancaran ini, penduduk Brunei kini boleh menikmati 20% daripada appwide, menggunakan kod BRUAPP.

ARTIKEL YANG SAMA