Brunei-M’sia ulangi komitmen

Brunei-M’sia ulangi komitmen

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan perjumpaan empat mata bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato Laila Utama Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang berlangsung di Cheradi Ratna Kenchana, Istana Nurul Iman.

Semasa majlis perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Perdana Menteri Malaysia telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, serta bertukar-tukar pendapat tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Dato Laila Utama Datuk Seri Mohd Najib berada di negara ini bagi Rundingan Pemimpin-pemimpin Tahunan ke-19 di antara Brunei Darussalam dan Malaysia.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas rundingan tersebut kedua-dua pemimpin mengulangi komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama demi manfaat kedua-dua negara serta menzahirkan rasa gembira mereka dengan perkembangan menggalakkan di bawah pelaksanaan Pertukaran Surat ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara pada 16 Mac 2009.

Sementara itu, Dato Laila Utama Datuk Seri Mohd Najib dalam sidang akhbar pada akhir lawatan beliau ke Brunei di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini hari ini berkata, operasi di pintu masuk di sempadan Malaysia dan Brunei yang kini dibuka dari 6 pagi hingga 10 malam akan dilanjutkan sehingga 12 malam.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari bersama Dato Laila Utama Datuk Seri Mohd Najib dan isteri, sempena Lawatan Rundingan Tahunan ke-19 bagi Negara Brunei Darussalam dan Malaysia di Baitul Rahmah, Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Muiz Matdani

pg04_150812_a

pg04_150812_h

pg04_150812_i

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berkenan santap tengah hari bersama Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Datuk Seri Mohd Najib di bilik Baitul Rahmah, Istana Nurul Iman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berkenan santap tengah hari bersama Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Datuk Seri Mohd Najib di bilik Baitul Rahmah, Istana Nurul Iman.

pg04_150812_g

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia.

pg04_150812_d

pg04_150812_f

Katanya, perkara itu telah mendapat perkenan Baginda Sultan semasa perjumpaan di sini hari ini.

“Dari segi (waktu operasi) pintu masuk sekarang, terdapat kesukaran dalam kalangan orang ramai, sama ada dari Brunei ke Malaysia atau Malaysia ke Brunei. Tempoh pembukaan di pintu masuk hanya sehingga 10 malam supaya perhubungan antara kedua-dua negara berjalan dengan lebih lancar lagi,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila tarikh pelanjutan waktu operasi di pintu masuk sempadan itu akan mula dikuatkuasakan.

Katanya, kajian juga akan dilakukan untuk melicinkan perjalanan antara Brunei dengan Sabah dan Sarawak berikutan pasport perlu dicap banyak kali kerana terdapat banyak pintu masuk di sempadan kedua-dua buah negara.

Mengulas lanjut berkenaan perjumpaan dengan Baginda Sultan, Dato Laila Utama Datuk Seri Mohd Najib, berkata Baginda Sultan juga telah bersetuju untuk mengurniakan empat helikopter Black Hawk terpakai kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.

pg04_150812_j

Antara kerabat diraja yang hadir di majlis itu.
Antara kerabat diraja yang hadir di majlis itu.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berserta Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berangkat ke bilik Baitul Rahmah, Istana Nurul Iman untuk santap tengah hari.

pg04_150812_k

pg04_150812_m

“Perkara ini akan disusuli nanti oleh Datuk Seri Hishammuddin selaku Menteri Pertahanan. Kerjasama bidang pertahanan (Malaysia-Brunei) berada pada tahap yang baik,” katanya.

Perdana Menteri berkata dalam soal pertahanan juga, Malaysia telah mewujudkan ‘sea based platform’ di perairan Sabah dan pihak Brunei terutama angkatan tenteranya boleh mewujudkan platform yang sama di perairan negara itu.

Beliau berkata, dalam perjumpaan hari ini, kedua-dua pihak juga bersetuju supaya nelayan yang melakukan aktiviti perikanan di kawasan tradisional tidak akan dihalang berbuat demikian jika termasuk ke kawasan perairan kedua-dua negara.

“Mereka ini tak kenal antara kawasan (perairan) Brunei dan Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua negara juga akan meneruskan usaha penentuan tanda sempadan darat di kawasan yang masih belum dimuktamadkan.

Mengenai pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei yang dijangka siap enam tahun lagi, beliau berkata, kerajaan Brunei akan membuat perancangan awal supaya bahagian lebuh raya yang melalui Brunei akan mempunyai kemudahan asas tambahan untuk keselesaan pengguna lebuh raya itu nanti.

Katanya, hubungan yang terjalin selama ini antara kedua-dua negara akan terus dijadikan landasan untuk mengorak langkah ke hadapan serta menambah baik apa yang diusahakan, selain mencari bidang kerjasama yang baharu dan boleh diterokai bersama antara Brunei dan Malaysia.