Brunei Press anjur kempen kitar semula

Brunei Press anjur kempen kitar semula

Oleh Wani Roslan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Sebagai sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Brunei Press Sdn Bhd, kelmarin, telah mengadakan kempen kitar semula di bangunan Commercial Printing Service (CPS) di Beribi.

Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See, Timbalan Pengurus Besar, Dayang Hazizah binti Osman dan kakitangan Brunei Press adalah antara yang mengambil bahagian dalam kempen berkenaan.

Kempen tahunan itu menyaksikan pelbagai barangan kitar semula termasuk surat-surat khabar, buku, majalah, risalah, bahan buangan kertas, kotak-kotak kadbod, botol dan bahan-bahan plastik dikumpulkan.

pg10_150618_b

Reggie See bersama warga Brunei Press ketika menyertai kempen kitar semula.
Reggie See bersama warga Brunei Press ketika menyertai kempen kitar semula.

ARTIKEL YANG SAMA