Brunei Press juara bola jaring jemputan

Brunei Press juara bola jaring jemputan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Pasukan Brunei Press Sdn Bhd hari ini dinobatkan sebagai juara Perlawanan Bola Jaring Jemputan Sempena Memperingati Hari Penubuhan Jabatan Penerangan ke-64 tahun yang berlangsung di Dewan Sukan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, Gadong.

Pasukan berkenaan memenangi kesemua lima perlawanan dalam acara sukan yang dianjurkan Jabatan Penerangan dengan menewaskan Pasukan Jabatan Penerangan 1 dengan mata 13-4, Jabatan Audit 14-0, Jabatan Radio Televisyen Brunei 12-6, Jabatan Penerangan 2 dengan mata 16-7 dan Jabatan Tenaga 13-10.

Tampil di tempat kedua ialah Pasukan Gabungan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Tenaga yang berada tiga mata di belakang juara yang hanya tewas kepada Pasukan Brunei Press Sdn Bhd diikuti oleh Pasukan Radio Televisyen Brunei dengan sembilan mata. Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada barisan pemenang adalah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar

Perlawanan bola jaring tersebut diadakan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Memperingati Hari Penubuhan Jabatan Penerangan ke-64 tahun dan juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan muhibah di antara Jabatan Penerangan dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang dijemput.

Gambar ramai pasukan-pasukan yang menyertai perlawanan tersebut.
Gambar ramai pasukan-pasukan yang menyertai perlawanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA