Brunei Press lancar Kempen Kualiti

Brunei Press lancar Kempen Kualiti

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Brunei Press Sdn Bhd mengukuhkan komitmennya terhadap kualiti kerja dengan melancarkan Kempen Kualiti yang diadakan setiap tahun sejak diperkenalkan pada 1999.

Pelancaran kempen yang kali ini membawa tema ‘Lakukan Kerja Sebaiknya Sentiasa’ telah diadakan di Bangunan Brunei Press di Perindustrian Beribi, hari ini.

Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See dalam ucapan pelancaran berkata, dengan kerja berpasukan, Brunei Press Sdn Bhd bermatlamat untuk memberikan kepuasan kepada para pelanggan dengan produk-produk berkualiti tinggi yang disampaikan pada harga-harga yang berpatutan.

“Kualiti adalah penting dalam semua perniagaan, seperti yang kita nampak dalam berita-berita dan cerita yang diterbitkan di Borneo Bulletin dan Media Permata mengenai impak terhadap kualiti tidak baik yang terdiri daripada keyakinan perkhidmatan dan produk, menarik balik produk dan pampasan produk dan perkhidmatan,” ujarnya.

Reggie ketika menyampaikan anugerah pekerja lama kepada salah seorang penerima.
Reggie ketika menyampaikan anugerah pekerja lama kepada salah seorang penerima.

pg10_160415_b

Reggie bersama warga Brunei Press dan pegawai-pegawai dari QAF.
Reggie bersama warga Brunei Press dan pegawai-pegawai dari QAF.
Gambar ramai warga Brunei Press bersama Media Permata.
Gambar ramai warga Brunei Press bersama Media Permata.
Gambar ramai bersama dengan para penerima anugerah pekerja lama.
Gambar ramai bersama dengan para penerima anugerah pekerja lama.

Menurut beliau lagi, dengan tema tahun ini, ia dapat mengingatkan warga Brunei Press untuk mengukuhkan komitmen dalam menyampaikan dan memberikan perkhidmatan dan produk berkualiti untuk memberikan kepuasan kepada semua orang-orang berkepentingan.

Di Brunei Press Sdn Bhd, kualiti adalah sama penting dalam mencapai kelebihan daya saing dalam mengurangkan pembaziran sumber dan mengurangkan kos perniagaan.

Komitmen dan keupayaan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti adalah elemen penting untuk perniagaan yang mapan dan pekerjaan yang menguntungkan. Setakat ini 90 peratus tenaga kerja Brunei Press Sdn Bhd terdiri daripada warga tempatan.

Acara petang tadi diakhiri dengan penyampaian anugerah kepada pekerja lama yang disampaikan oleh Reggie See dan Pengurus Sumber Manusia QAF, Julinda Dharmawan.

ARTIKEL YANG SAMA