Brunei-Saint Vincent and the Grenadines jalin hubungan diplomatik

Brunei-Saint Vincent and the Grenadines jalin hubungan diplomatik

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Saint Vincent and the Grenadines mulai 27 Mei 2015.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Maklumat Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan di sini, hari ini, majlis menandatangani kenyataan bersama penjalinan hubungan diplomatik tersebut telah diadakan di Pejabat Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha telah diwakili oleh Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB, Dato Paduka Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail sementara kerajaan Saint Vincent and the Grenadines diwakili oleh Wakil Tetap negara itu ke PBB, Puan Yang Terutama Inga Rhonda King.

ARTIKEL YANG SAMA