Brunei, Singapura seri

Brunei, Singapura seri

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Pasukan B-14 Brunei Darussalam terikat 3–3 dengan Pasukan Singapura pada perlawanan di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), Berakas, hari ini.

Mohammad Aimanuddin Haji Masri menyumbat dua gol bagi Brunei dan satu jaringan Iman Mahdi Suhaimi pada babak pertama dan kedua perlawanan untuk berkongsi mata dengan Pasukan Singapura.

Gol Singapura dijaringkan oleh Chua Zikos, Ilham Fandi dan Mohd Haziq. Hasil keputusan itu, kedua-dua pasukan terikat di dalam perlawanan kesembilan Festival Bola Sepak B-14 Persekutuan Bola Sepak Asia.

Aksi mencemaskan di depan gawang Vietnam (merah) semasa menentang Myanmar. – Gambar Hasrulraizan
Aksi mencemaskan di depan gawang Vietnam (merah) semasa menentang Myanmar. – Gambar Hasrulraizan

Sementara itu pasukan Malaysia pula tewas kepada Pasukan Laos 1–3 meskipun separuh masa pertama agak seimbang sebelum dua jaringan pemain muda Laos pada babak kedua untuk membenam harapan Malaysia di Kompleks Sukan Berakas, di sini.

Pasukan Timor Leste pula dibelasah terus oleh Pasukan Kemboja di Padang & Balapan, KSNHB awal pagi hari ini ketika gawangnya dibolosi sebanyak 12 kali oleh serangan kemboja.

Pemain muda Vietnam juga mencatatkan kemenangan di dalam perlawanannya di Kompleks Sukan Berakas hari ini apabila berjaya mengalahkan Pasukan Myanmar dengan jaringan 3–1 .

ARTIKEL YANG SAMA