Brunei tewas kepada Kazakhstan perlawanan hoki

Brunei tewas kepada Kazakhstan perlawanan hoki

Oleh Fadhil Yunos

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Pasukan Kebangsaan Wanita Brunei tewas di tangan Kazakhstan dengan jaringan 8-0 pada hari ketiga perlawanan Liga Hoki Dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Stadium Hoki, Sengkang, Singapura semalam.

Jurulatih kebangsaan Brunei, Awang Shaiful Azli bin Abdul Rahman berkata bahawa struktur pasukan masih ada walaupun tewas berturut-turut pada saingan lawan dari Thailand dan Kazakhstan.

“Kekurangan kecergasan kami menunjukkan bahawa kami tidak dapat menampung kelajuan”, kata jurulatih kebangsaan itu dalam temu bual dengan Borneo Buletin selepas perlawanan itu.

Mendahului 4-0, Kazakhstan telah diberikan pukulan penalti selepas jaringan Latifah Sawal ke dalam gawang pasukan lawan dinafikan selepas bola tersebut melantun masuk daripada penjaga gol dari sudut penalti.

Aksi pemain wanita Brunei ketika menentang Kazakhstan pada perlawanan tersebut.
Aksi pemain wanita Brunei ketika menentang Kazakhstan pada perlawanan tersebut.

“Bola itu tidak dijaringkan di dalam gawang. Penjaga gol telah menyelamatkannya tetapi bola tidak memasuki gawang,“ kata Awang Shaiful Azli berhubung insiden penalti tersebut.

Daripada 19 sudut penalti yang diterima Kazakhstan bagi keseluruhan permainan, Awang Shaiful Azli merasakan bahawa tiga atau empat penjuru tidak sepatutnya diberikan.

Walaupun tewas, Awang Shaiful Azli menegaskan bahawa perkembangan pasukan itu berjalan lancar sejak kembali ke arena antarabangsa tahun lepas.

“Secara keseluruhan, saya rasa pasukan kami bertambah baik berbanding tahun lepas. Sekarang, mereka boleh bergabung dan mereka dengan mudah boleh menyerang berbanding dari tahun lepas,” jelas beliau lagi.