Brunei tewas menentang Sri Lanka

Brunei tewas menentang Sri Lanka

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam tewas di tangan Sri Lanka dengan jaringan 55 – 20 pada kejohanan Bola Jaring Asia 2016, di Thailand.

Pasukan Sri Lanka sebagai naib juara di dalam Kumpulan B dan akan menentang Singapura di dalam peringkat separuh akhir, sementara juara kumpulan Malaysia akan menentang Hong Kong pada peringkat yang sama sedikit masa lagi.

Sementara itu Pasukan Brunei Darussalam akan menentang Chinese Taipei pada peringkat kalah mati esok bagi menentukan kedudukan kelima hingga lapan, sementara Jepun pula akan berhadapan Pasukan Thailand.

Kali terakhir pertembungan menentang Chinese Taipei pada edisi lalu, Brunei tewas di tangan pasukan berkenaan dengan jaringan 56 -33 di peringkat kumpulan dan jika pasukan negara menang dalam perlawanan itu mereka akan menentang Thailand untuk menentukan kedudukan kelima dan keenam bagi kejohanan kali ini.

ARTIKEL YANG SAMA