Brunei, Turki dan Iran kukuh hubungan

Brunei, Turki dan Iran kukuh hubungan

Gambar oleh Infofoto

 

ISTANBUL, 15 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan mengadakan perjumpaan dua hala bersama dua pemimpin negara Islam di Pusat Kongres, Republik Turki.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula mengadakan perjumpaan dengan Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan.

Dalam perjumpaan itu, Baginda Sultan dan Tuan Yang Terutama berbincang mengenai hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Turki serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Manakala dalam perjumpaan dua hala kedua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani di sebuah bilik perjumpaan Khas, Pusat Kongres Istanbul.

Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuan Yang Terutama bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa serta membincangkan cara-cara untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara.

Baginda Sultan berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan TYT Recep Tayyip Erdogan.
Baginda Sultan berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan TYT Recep Tayyip Erdogan.
Baginda Sultan berkenan mengadakan perbincangan dengan TYT Recep Tayyip Erdogan di Pusat Kongres, Republik Turki.
Baginda Sultan berkenan mengadakan perbincangan dengan TYT Recep Tayyip Erdogan di Pusat Kongres, Republik Turki.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan TYT Hassan Rouhani.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan TYT Hassan Rouhani.
Isu-isu dua hala dan hal ewal serantau serta antarabangsa menjadi topik perbincangan Baginda Sultan dan TYT Hassan Rouhani.
Isu-isu dua hala dan hal ewal serantau serta antarabangsa menjadi topik perbincangan Baginda Sultan dan TYT Hassan Rouhani.
Majlis Penutup Sidang Lemuncak OIC ke-13. - Gambar AFP
Majlis Penutup Sidang Lemuncak OIC ke-13. – Gambar AFP

Baginda Sultan turut berkenan berangkat menghadiri Majlis Penutup Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam sesi ke-13 yang dimulakan dengan ucapan penutup Pengerusi Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan dan Pengisytiharan Deklarasi Istanbul oleh para pemimpin OIC.

Semasa persidangan dua hari itu, Tuan Yang Terutama dan pemimpin-pemimpin OIC berharap dapat mempertingkatkan hubungan lebih rapat antara negara-negara Islam, menyampaikan mesej perpaduan dan kerjasama kepada seluruh umat Islam.

“Matlamat kita adalah untuk memberikan harapan kepada seluruh keluarga Islam pada masa depan.

“Insya Allah, dengan sidang kemuncak ini, satu era baru akan bermula buat kita semua,” kata Tuan Yang Terutama.

“Sudah tentu masalah di hadapan kita adalah besar. Kita melalui tempoh yang sukar, namun kita tidak sepatutnya hilang arah dan harapan,” tambahnya seperti dipetik AFP.

Sidang Kemuncak OIC Sesi ke-14 akan diadakan di Republik Gambia pada tahun 2019.

ARTIKEL YANG SAMA