BruXFit 2016, 20 Okt ini

BruXFit 2016, 20 Okt ini

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt. – Dalam usaha untuk menjadikan negara ini sebagai tempat aktif bagi acara-acara sukan, Astera Consultant dan Syensai Design akan menganjurkan Expo Brunei Fitness & Healthy Living pada 20 hingga 23 Oktober ini bertempat di Airport Mall, Berakas.

Ekspo yang lebih dikenali dengan BruXFit 2016 itu disokong sepenuhnya oleh Fitness Zone selaku kelab kesihatan bersama dengan sokongan dari beberapa buah gim, kelab dan usahawan persendirian.

Menurut kenyataan penganjur, pelbagai aktiviti telah pun dirancang dalam ekspo yang bertemakan kecergasan dan kesihatan tersebut sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Di samping itu, ekspo tersebut juga diadakan untuk mempromosikan negara sebagai destinasi sukan pelancongan.