BSM henti guna pelekat hologram

BSM henti guna pelekat hologram

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Brunei Shell Marketing Sdn Bhd (BSM) memaklumkan bahawa Sijil Pengedar Sah Shell telah dikeluarkan kepada semua pengedar-pengedar berdaftar dan dilantik BSM, pengedar kecil, bengkel-bengkel francais dan bebas, serta peruncit yang menjual produk-produk berkualiti asli oleh BSM.

Menurut kenyataan oleh BSM, majlis penyampaian sijil-sijil berkenaan telah diadakan pada 20 Mei yang lalu, yang mana dengan sijil ini, BSM tidak akan lagi menggunakan pelekat hologram pada botol-botol Minyak Pelincir Shell.

BSM menyarankan pelanggan supaya hanya membeli Minyak Pelincir Shell mereka daripada Pengedar Sah Shell BSM, yang mana senarai pengedar-pengedar sah boleh diketahui dengan melayari laman sesawang ww.bsm.com.bn.

Kenyataan menyatakan BSM komited ke arah memastikan para pelanggannya mempunyai akses kepada produk-produk Minyak Pelincir Shell paling berkualiti di Brunei Darussalam.

Shell merupakan pembekal minyak pelincir nombor satu global selama lapan tahun berturut-turut, membekalkan kepada pelanggan di lebih 100 buah negara dan mempunyai sejarah inovasi selama 70 tahun.

Bagi maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi BSM di talian 2244739 atau menghantar e-mel ke alamat bsm-external-affairs@shell.com.

ARTIKEL YANG SAMA