BSM rai lebaran

BSM rai lebaran

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri masih dirasakan walaupun ia sudah masuk minggu terakhir umat Islam di negara ini menyambutnya dengan penuh kesyukuran ditambah dengan rumah terbuka dan pejabat terbuka untuk sama-sama berkongsi kegembiraan di bulan yang mulia ini.

Sementara itu, Brunei Shell Marketing (BSM) juga tidak ketinggalan menyambutnya dengan mengadakan Rumah Terbuka BSM yang diadakan di Hotel Radisson di ibu negara, hari ini.

Hadir mengalu-alukan tetamu BSM di rumah terbuka itu ialah Pengarah Urusan BSM, Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

Pada majlis itu, tetamu dihidangkan dengan hidangan istimewa seperti rendang, kuih dan kek serta dihiburkan dengan lagu-lagu dan suasana Hari Raya.

Suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri BSM yang diadakan di Hotel Radisson kelmarin.
Suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri BSM yang diadakan di Hotel Radisson kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA