BSN perkenal mesin pengeluaran wang maya

BSN perkenal mesin pengeluaran wang maya

KOTA KINABALU, 5 Nov – Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memperkenalkan mesin pengeluaran wang maya dalam sistem perbankan mereka ke arah memantapkan perkhidmatan kepada pelanggan.

Timbalan Ketua Ekskutif Perbankan Runcit BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata teknologi baharu itu merupakan sebahagian daripada penjenamaan semula BSN dalam menyedia dan menambahbaik akses perkhidmatan perbankan yang lebih sistematik.

Perkhidmatan mesin pengeluaran wang maya itu akan mula diperkenalkan penghujung tahun ini, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Perumahan Belia peringkat negeri di cawangan utama BSN Sabah di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi BSN Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Majlis dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang turut membuat lawatan rasmi di cawangan utama BSN Sabah sempena penjenamaan semula BSN pada 15 Oktober lepas yang memperkenalkan identiti dan logo baharu melambangkan evolusi BSN.

ARTIKEL YANG SAMA