BSP bertahlil di kubah

BSP bertahlil di kubah

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Dengan hanya kurang dari seminggu lagi sebelum permulaan bulan Ramadan, satu delegasi seramai 35 orang kakitangan dari Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd (BSP) telah mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

Mengetuai delegasi berkenaan ialah Pengurus Aset Unit Pemprosesan Hidrokarbon di BSP, Pengiran Haji Putra bin Pengiran Haji Mohamed.

Pada majlis itu, delegasi membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta kerabat diraja yang lain.

Pegawai dan kakitangan BSP ketika mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja.
Pegawai dan kakitangan BSP ketika mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja.

pg05_160531_b

Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah telah dipimpin oleh Haji Mohd Najmuddin bin Haji Mohd Said dan Awang Nordin bin Haji Mohamad yang merupakan Pegawai Sokongan Bimbingan dan Kaunseling BSP.

BSP dalam kenyataannya turut menyatakan bahawa, sebagai sebahagian daripada komitmen Pelaburan Sosial kepada komuniti setempat dan untuk memeriahkan lagi bulan Ramadan, mereka akan menganjurkan satu siri ceramah keagamaan di masjid-masjid utama di Daerah Belait dan juga Tutong.

Ceramah-ceramah berkenaan akan disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah.

ARTIKEL YANG SAMA