BSP korban 9 ekor kerbau

BSP korban 9 ekor kerbau

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 28 Sept – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) turut tidak ketinggalan menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi kakitangannya dan pengagihan daging-daging korban berkenaan telah diadakan di Big Top, Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC), di sini, hari ini.

Seperti lazimnya pada tahun-tahun yang lalu, penyembelihan haiwan korban syarikat tersebut telah dilakukan di Mulaut Abattoir Sdn Bhd, pada tahun ini sembilan ekor kerbau telah dikorbankan dengan melibatkan seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan syarikat berkenaan.

Daging-daging korban telah diagih-agihkan kepada hampir 200 orang dalam kalangan fakir miskin di Daerah Belait, yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Urusan dan Pengarah Sumber Manusia BSP, Haji Kamaludin bin Haji Bungsu selaku tetamu kehormat. Turut mengagih-agihkan daging korban ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga selaku Ketua Kampung Lumut 1, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad.

Pengagihan daging-daging korban syarikat tersebut disempurnakan oleh Haji Kamaludin.
Pengagihan daging-daging korban syarikat tersebut disempurnakan oleh Haji Kamaludin.

ARTIKEL YANG SAMA