BSP laksana kempen bersih tanah perkuburan

BSP laksana kempen bersih tanah perkuburan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 6 Julai – Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) hari ini mengadakan kempen kebersihan bersama belia-belia dari Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, Kuala Belait sebagai sebahagian inisiatif projek bergotong-royong bersama masyarakat, bertempat di Tanah Perkuburan Islam Los Tanjung, Kuala Belait. Seramai 50 orang menyertai kempen tersebut bertujuan untuk menyemarakkan sambutan bulan Ramadan di masa yang sama agar kakitangan BSP akan dapat merapatkan ikatan silaturahim dengan belia-belia di daerah Belait.

Majlis diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Urusan dan Pengarah Sumber Manusia BSP, Haji Kamaluddin bin Haji Bongsu selepas acara berkempen itu, dan acara tersebut juga adalah sebagai galakan bagi kakitangan BSP untuk menggiatkan diri dalam Program Gaya Hidup Sihat syarikat tersebut.

“Ia adalah perkara biasa untuk keluarga Islam di negara melawat kawasan tanah perkuburan orang yang tersayang dengan kerap untuk membersihkan kawasan itu, dan Islam sangat menggalakkan umatnya di bawah ajaran Nabi Muhammad S.A.W untuk melawat kubur kerap kali sebagai satu cara untuk mengingati bahawa masa kita di dunia ini hanya sementara,” kata Haji Kamaluddin. Sebagai sebahagian daripada komitmen Prestasi Sosial kepada masyarakat setempat, BSP telah menganjurkan pelbagai acara keagamaan dan kemasyarakatan di bulan Ramadan terutamanya siri ceramah agama di masjid-masjid yang ada di Belait dan Tutong.

Antara mereka yang menyertai kempen kebersihan BSP bersama belia Masjid pandan di Tanah Perkuburan Islam Los Tanjung Kuala Belait.
Antara mereka yang menyertai kempen kebersihan BSP bersama belia Masjid pandan di Tanah Perkuburan Islam Los Tanjung Kuala Belait.
Para belia masjid tekun menjalankan kegiatan kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Islam Los Tanjung.
Para belia masjid tekun menjalankan kegiatan kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Islam Los Tanjung.

ARTIKEL YANG SAMA