BSP sambut Aidilfitri bersama penduduk Daerah Belait

BSP sambut Aidilfitri bersama penduduk Daerah Belait

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 2 Ogos – Kemeriahan bulan Syawal terus dirasai walaupun kita sudah menyambut Hari Raya ke-15 bulan ini, dan tidak terkecuali Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) yang telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama masyarakat di Daerah Belait, di Pusat Insani, Seria, baru-baru ini.

Sambutan Aidilfitri bertemakan ‘Flora dan Fauna’ itu, telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman, Timbalan Pengarah Urusan BSP, Haji Kamaludin bin Haji Bungsu, bersama-sama kakitangan syarikat yang lain.

Hadir sama, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung serta penduduk di Daerah Belait.

Untuk memeriahkan majlis tersebut, beberapa aktiviti dan persembahan telah diadakan untuk menghiburkan para tetamu di sepanjang majlis tersebut.

Antara para tetamu khas yang hadir semasa sambutan Aidilfitri BSP.
Antara para tetamu khas yang hadir semasa sambutan Aidilfitri BSP.
Pengurus East Asset BSP, Paul Van Den Hemel (tengah) bersama kakitangan BSP yang lain di majlis Sambutan Aidilfitri BSP bersama penduduk di Daerah Belait.
Pengurus East Asset BSP, Paul Van Den Hemel (tengah) bersama kakitangan BSP yang lain di majlis Sambutan Aidilfitri BSP bersama penduduk di Daerah Belait.
Beberapa pelajar dari Sekolah Rendah Panaga Seria ketika membuat persembahan di majlis itu.
Beberapa pelajar dari Sekolah Rendah Panaga Seria ketika membuat persembahan di majlis itu.

Kemeriahannya turut dirasai apabila para tetamu juga terlibat dalam acara cabaran membuat ketupat serta membuat martabak di atas pentas sementara kanak-kanak dari Sekolah Rendah Panaga juga sama dijemput untuk menyanyikan lagu-lagu koir di majlis itu, yang diiringi dengan persembahan tarian kebudayaan.

Majlis tahunan ini dianjurkan untuk memupuk hubungan yang lebih rapat dengan masyarakat. Ia memberikan satu platform bagi syarikat itu untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka yang telah dijalin selama lebih 85 tahun.

BSP menandakan 85 tahun operasinya di Brunei pada tahun 2014, satu kejayaan yang turut menyumbang kepada hubungan harmoni di antara syarikat dan masyarakat.

ARTIKEL YANG SAMA