BSRC FT jinakkan Perkasa 4-0

BSRC FT jinakkan Perkasa 4-0

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 30 Okt – BSRC FT kini separuh jalan mara ke Pusingan Ketiga Piala FA DST 2015 selepas berjaya menjinakkan Perkasa dengan jaringan 4-0 di Kompleks Sukan Tutong (KST).

Pertembungan dua pasukan Liga Perdana DST 2015 itu hanya menyaksikan BSRC FT mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Mohammad Faizul bin Zaini pada minit ke-15.

Perlawanan hanya menyaksikan penghasilan gol selanjutnya pada minit ke-60 iaitu lima belas minit selepas rehat yang turut dijaringkan oleh Mohammad Faizul untuk membawa BSRC FT lebih ke depan dengan jaringan 2-0.

Muhd Hilmie bin Mohd Noor Azmi menjadikan kedudukan BSRC FT bertambah selesa dengan jaringannya pada minit ke-78 dan empat minit kemudian peluang Perkasa untuk bangkit terus malap dengan penghasilan gol keempat BSRC FT oleh Nur Hazwan Khan bin Asmah Khan.

BSRC FT menang 4-0 ke atas Perkasa dalam saingan Pusingan Kedua Piala FA DST 2015 di KST.
BSRC FT menang 4-0 ke atas Perkasa dalam saingan Pusingan Kedua Piala FA DST 2015 di KST.

Jika pasukan lain yang menang di Pusingan Kedua terus mara ke Pusingan Ketiga, BSRC FT pula perlu melayani Kasuka FC yang terundi ‘bye’ terlebih dahulu pada Sabtu, 1 November ini di KST bermula pukul 8:15 malam.

Pasukan yang menang kemudiannya perlu berdepan dengan pasukan Liga Super DST 2015, Lun Bawang pada Rabu, 2 Disember nanti di KST, juga bermula pukul 8.15 malam.