BSS B15 ungguli Kumpulan A

BSS B15 ungguli Kumpulan A

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Brunei Sports School (BSS) B15 dan Daerah Tutong B15 memastikan kemaraan masing-masing ke separuh akhir Piala Remaja Elit B15 NFABD 2015 di hari terakhir perlawanan peringkat kumpulan masing-masing petang ini.

BSS B15 memastikan juara Kumpulan A menjadi miliknya menerusi kemenangan 2-0 ke atas TAFA B15 untuknya mengumpul 12 mata dari empat kemenangan dan satu kekalahan.

Dua gol BSS B15 pada perlawanan di Kompleks Sukan Berakas (KSB) yang bermula pukul 3:00 petang itu ialah Mohd Irfan bin Rosidi pada minit ke-13 dan Muhd Suhaily Syafiee bin Abdullah Masrazni pada minit ke-52.

Sementara itu pada perlawanan di sebelah petang, Daerah Tutong B15 mengikat Belait Black Gold B15 0-0 pada perlawanan di Padang Turf untuk mengesahkan naib juara Kumpulan A menjadi miliknya dengan mengumpul 10 mata dari tiga menang, satu seri dan satu kalah.

Daerah Tutong B15 (hijau) bertahan kental untuk mengikat Belait Black Gold B15 0-0 bagi memastikan kemaraannya ke separuh akhir Piala Remaja Elit B15 NFABD.
Daerah Tutong B15 (hijau) bertahan kental untuk mengikat Belait Black Gold B15 0-0 bagi memastikan kemaraannya ke separuh akhir Piala Remaja Elit B15 NFABD.

TAFA B15 di tempat ketiga hanya ketinggalan satu mata di belakang Daerah Tutong B15 akibat tewas perlawanan terakhirnya, 0-2 kepada BSS B15, manakala Belait Black Gold B15 di tempat keempat dengan 7 mata dari dua menang, satu seri dan dua kalah.

Tabuan B13 yang menang 4-3 ke atas ISB B15 pula menduduki tangga kelima dengan 6 mata dari dua menang dan tiga kalah, sementara ISB B15 di tangga tercorot tanpa sebarang mata akibat kalah semua perlawanannya.

Pada perlawanan separuh akhir, BSS B15 selaku juara Kumpulan A akan menentang naib juara Kumpulan B, Tabuan B14 pada Jumaat, 4 Disember ini di Padang Turf NFABD bermula pukul 3:00 petang.

Manakala Daerah Tutong B15 selaku naib juara Kumpulan A akan bertemu dengan juara Kumpulan B, Akademi Kilanas B15 sejurus selepas itu iaitu bermula pukul 4:30 petang di tempat yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA