BTOP lancar 6 model baru

BTOP lancar 6 model baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Syarikat BTOP Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal motosikal jenama Honda, telah melancarkan beberapa model motosikal Honda baru ke pasaran negara ini pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, hari ini.

Majlis yang berlangsung di Bilik Pameran BTOP Motors, Kampung Beribi, itu menyaksikan pelancaran Honda NM4, Honda CB650F, Honda VT750, Honda TRX250 ATV, Honda Zoomer X dan Honda Scoopy Club 12.

Apa yang menarik perhatian ialah Honda NM4 yang juga dikenali sebagai Vultus, yang mengingatkan kepada motosikal dalam filem Batman, yang menampilkan reka bentuk futuristik berwarna hitam dan didatangkan dengan fungsi-fungsi berteknologi tinggi.

Pelanggan dan kakitangan BTOP bergambar ramai bersama Honda NM4 Vultus
Pelanggan dan kakitangan BTOP bergambar ramai bersama Honda NM4 Vultus

Vultus dilengkapi dengan skrin digital, transmisi Dual Clutch, dan ‘dual Channel Anti Lock Brake System’ (ABS), serta mempunyai prestasi kelajuan 750cc four stroke parallel twin dengan 6-kelajuan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan bagi kakitangan dan para pelanggannya itu merupakan tanda penghargaan kepada mereka atas kesetiaan menyokong produk syarikat berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA