Buah manggis mampu sembuhkan skizofrenia

Buah manggis mampu sembuhkan skizofrenia

SYDNEY, 11 Okt – Penyelidik Australia berkata buah manggis Asia mungkin memberikan penawar kepada pesakit yang menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit yang menjejas fungsi normal otak manusia.

Penyelidik daripada Universiti Queensland telah memulakan percubaan klinikal dua tahun yang membabitkan ekstrak buah tropika asli itu dari Indonesia selepas kajian sebelumnya menunjukkan bahan pengoksidaan yang ditemui di dalam kulit manggis mungkin membantu merawat pesakit skizofrenia tanpa sebarang kesan langsung.

Penyelidik utama Profesor John McGrath daripada Institut Otak Queensland berkata percubaan klinikal dilakukan untuk menentukan peranan manggis dalam mengurangkan gejala psikosis.

“Ia adalah penglibatan yang selamat di mana bukti setakat ini mencadangkan boleh mempertingkat gejala, dan adalah penting kami menyiasat potensinya,” kata McGrath dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami tidak mencadangkan ia merupakan ubat luar biasa, tetapi kami mesti menyiasat potensi rawatan baru yang selamat, efektif dan tidak mempunyai kesan sampingan ubat sekarang seperti berat badan naik, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan lain.”

Manggis adalah buah tropika malar hijau dan boleh ditemui di beberapa buah negara Asia Tenggara. Kulit buah warna ungu yang tebal itu mengandungi sebatian digelar xanthones yang sering digunakan dalam teh herba dan ubat tradisional.

Kempen percubaan akan melibatkan 150 pesakit skizofrenia di Brisbane dan Geelong, Victoria di mana peserta akan menerima dua pil ( yang mempunyai ekstrak manggis) sehari selama 24 minggu, diikuti oleh susulan empat minggu.

Ketika tempoh percubaan, gejala pesakit akan diawasi dengan ketat, untuk melihat sama ada halusinasi, khayalan, angin dan tahap tenaga meningkat dengan pengambilan pil berkenaan, kata universiti. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA