Buang ikan bila jumpa mayat tanpa kepala

Buang ikan bila jumpa mayat tanpa kepala

LUNDU, Sarawak, 27 Dis – Keterujaan seorang nelayan dan anak lelakinya untuk memperoleh hasil tangkapan yang banyak bertukar ngeri apabila menemui satu mayat tanpa kepala ketika menjala ikan di Sungai Kampung Pandan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9:30 pagi itu, Mat Muda Dillah, 54, dan anaknya mengambil keputusan untuk menjala apabila melihat banyak ikan di sungai itu yang terletak berhampiran dengan Pantai Pandan, lokasi nelayan di kampung itu meletakkan bot mereka.

“Saya balik semula ke rumah mengambil jala. Saya memang rasa pelik lihat banyak ikan di sungai tersebut, hasil tangkapan pun banyak, adalah dapat kira-kira dua kilogram ikan.

“Tapi ketika menjala tiba-tiba saya nampak ada satu mayat tanpa kepala terapung,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA