Buang Tumor seberat 90kg

Buang Tumor seberat 90kg

5 tahunHANOI, 6 Januari 2012 – Seorang lelaki yang tidak dapat berjalan disebabakan tumor pada kaki kanan yang lebih berat daripada keseluruhan badannya akan dibuang, kata pegawai hospital di Vietnam.

Tumor seberat 90 kilogram pada kaki Nguyen Duy Hai akan dibuang oleh sekumpulan doktor di dalam pembedahan yang berisiko dengan 50 peratus kadar kejayaan, kata HospitalFrance-Vietnam (FC) di Bandar Ho Chi Minh.

Hai, 31, mengalami gangguan genetik yang jarang berlaku, telah hidup dengan tumor itu sejak empat tahun yang lalu.

Sebahagian daripada kakinya telah dipotong ketika berusia 17 tahun tetapi tumor yang bukan kanser, terus membesar, menyebabkan dia sukar untuk berjalan dan tidur. Ketumbuhan tersebut adalah terbesar yang pernah dicatatkan di Vietnam, mengikut akhbar dalam negeri, yang mengikuti perkembangan Hai sejak beberapa tahun.

“Ini adalah satu prosedur yang besar dengan risiko yang tinggi, termasuk risiko kematian semasa pembedahan atau selepas pembedahan,” menurut hospital tersebut, dengan menambah bahawa pesakit dan keluarganya telah membuat keputusan untuk meneruskan pembuangan secara kekal tersebut.

Maraton pembedahan akan diketuai oleh Doktor McKay McKinnon dari Amerika Syarikat, yang berjaya membuang tumor seberat 80 kilogram daripada seorang wanita Romania pada 2004.

McKinnon telah mengecualikan yuran untuk pembedahan Hai dan baki anggaran pembedahan sekitar 250 juta dong (kira-kira AS$12,000) akan dibayar dengan derma, menurut hospital tersebut.