Buat guru tercinta

Buat guru tercinta

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut pagi tadi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang dihadiri oleh para guru, kakitangan dan murid-murid Pra dan Tahun 1 sehingga 6 itu ialah Guru Besar SR Bendahara Sakam, Dayang Rosinah binti Haji Ibrahim.

Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diteruskan lagi dengan ucapan guru besar dan wakil murid. Sambutan Hari Guru itu juga dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian murid-murid serta acara memotong kek Hari Guru.

Majlis tersebut diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para guru dan murid di sekolah berkenaan di samping menunjukkan rasa penghargaan dan kasih sayang terhadap guru yang telah berjasa mendidik murid-murid untuk mencapai kecemerlangan.

Antara persembahan yang memeriahkan Sambutan Hari Guru.
Antara persembahan yang memeriahkan Sambutan Hari Guru.

ARTIKEL YANG SAMA